semakin dewasa

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 10, 2010

mari kita gelak ketawa....hahahahahahahahha

assalamualaikum..^_^
ha..sedang boring2 siapkan tesis ni..(eceh..cam buat sgt bunyinye..huhuhu)
kite pon buka fb jap..tetiba terjumpa 1 cite ni..hahaha
mmg kelako sgt...jum bace..mesti kome pon gelak beso cam kita gelak jugak...uhuhuu


~Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4~



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.


Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



tamat lah sudah......

hahahahhaha..kome pon gelakkan ..hahahahhahahahaha

Wednesday, November 3, 2010

sampaikanlah..walaupon hanya sepotong ayat..


(^_^)
Assalamualaikum,

Ha..minggu ni sudah masuk ke "study week"...bukan weak ye kawan2..hehehehe
macam mane dengan study ari ni?
hope segalanya berjalan dengan lancar..
tapi.......
lain pulak dengan kite..minggu ni sebok nak siapkan proposal tesis yang mesti di hantar selepas
exam nanti...tertekan sangat rase..
tadi baru je col yong....mengadu nasib..ngeh3x(saje2 nak manje2kan??)
dan keputusan dah diambil setelah dipikir2 12 kali..(hehehehe)
dengan ini kite mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman yang terletak
di sungai galah (kikikikiiiki~~sireh pulang ke gagang)
untuk merealeasekan tension supaya bila balik nanti
kita ada banyak idea untuk tesis...
ustaz ite penah cakap..
wajah ibu ni memberikan seribu satu ketenangan yg tak boleh
kita ungkapkan....

ok lah..cukup mengenai cerita nak balik kampung nak sbb nak release tension tu...
(kunun la tu...heheheh..tapi siyes wei..mmg tgh tension nak nk ketenagan..so jgn marah ea..huhuhuhuhuhuhu)

berbalik kepada tajuk kita hari ini...
kite ada jumpa satu doa dan nak sangat share ngan kawan2 sume...
ya la...pesan Nabi SAW..
" sampaikan pesanku walau septong ayat"...
di samping kite berusaha
kita juga mestilah kena berdoa agar apa yang kita baca..ingat..hafal..
lebih diberkati kan??
hehehe..ok
ni la doanya...





Monday, November 1, 2010

Sharing is Caring..



Assalamualaikum pembuka bicara...

dan..ermmmm..(sambil melihat jam...heheh) selamat pagi..
alhamdulillah..kite baru je pulang dari study group bersama dgn Ajat, Jiey , Linda dan Maziah..
malam ni kami discuss tentang PAEK 4302 Amalan Asuhan Kanak-kanak Islam..
orang kate...study ramai
2 ni lagi berkesan ye dak?
tapi depend pada individu itu..bagi kite mana2 pon boleh..tapi mula2 kene study ramai2 untuk menjana idea..heheheh..buk
ankah ramai itu lebih baik dari 1?kan3x????

tapi..malam ni tak cukup korum..sebab ketiadaan Tihah..
tapi Tihah..awak jangan risau ea..
kerana kami akan share ngan awak apa yang dapat malam ni..ye3x???
awak jangan risau ea..
itulah namanye kawankan..


Terima kasih kepada saudari Linda a.k.a abang yang memberikan
khidmat google tranlation kepada kami..hehehhe..
jasamu dikenang bang..hahahhaa


amboi..bukan main banyak buku dan nota..
xpe2..teruskan usaha deh=)


bincang..jgn tak bincang..hehehe

moga2 segala usaha kita berhasil dan dipermudahkan
segala urusan kite semua ye kawan...

berikut adalah jadual peperiksaan bagi pelajar tahun 4
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-kanak:

22 november 2010 (eh2..ari jadi kita la..hahahhahaha)
PAEK 4302 Amalan Asuhan Kanak-kanak

25 november 2010
PAET 4101 Sosiologi Persekolahan

29 november 2010
Perancangan program dan strategi Pengajaran


Jangan lupe ea..esok kita sambung lagi untuk Sosiologi pulak
jumpa lagi waktu dan tempat yang sama...
daaaaa...(^_^)
selamat malam....
Assalamuaalaikum wbt..

setiap yang hidup pasti merasai mati..


sudah lama blog ini di tinggal..tapi hari ini rasa terpanggil untuk menaip sesuatu...
pagi tadi dalam jam 4.10 pagi..kite dikejutkan dgn msg dari Tihah..

" huda, pakcik saya baru je habis umur dalam kul 3.50 pagi tadi.."

Innalillahiwainnailaihirajiun.....

menurut teha..ada seorang anak pakciknya belajar
di oversea..
sekarang sedang menduduki exam...
cam mane la ye keadaan dia apabila mendengar berita ni..
dah lah sedang exam..jauh pulak tu..
mesti sukar untuk dia menerimanya..

tiba2 kite terkenangkan waktu dulu..
tiba2 kite teringatkan arwah abah..yang dah 3 tahun pergi meninggalkan kite..
takkan kite lupakan sampai bila2....~26 nov 2007..11.10malam~
tiba2 hati jadi sebak...
jika kita rasakan kitalah paling sedih masa itu..saat abah pergi..
masih ada lagi yang lebih sedih..
ada hikmahnya..alhamdulillah..jika nak dibandingkan dengan dia..

kite ada masa abah kene heart attack.
kita ada masa abah sakit sangat teruk...
kita ade masa abah mula2 dimasukkan ke CCU hosp. Ipoh..
kita ade dengan abah dalam ambulan masa abah mula2 dihantar ke IJN..
kite juga ada masa dalam ambulan masa abah ditranfer dari hosp seremban ke IJN..
kita ade masa abah di operation sebanyak 3 kali..
kite ada masa abah mengerng sakit malam2 dan tak boleh tidur..
kite ade mase abah kate

"nughoi..jaga diri baik2..belajo rajin2..takde ape yang abah boleh tinggalkan untuk kmu..
belajo le rajin2..jaga mak baik2..."


kite ade mase abah menghembuskan nafasnya yg terakhir..
kite ada mase abah dimandikan..dikafankan..dikebumikan..
kite juga ada masa talkin dibacakan....
kita ade...
kite ade...

alhamdulillah...
Allah ambil Abah dari kami..
namun Allah bagi kesempatan dan ruang untuk kite simpan kenangan bersama abah..

aku bersyukur...
Alfatihah buat Abah~
~masa ni abah dah sakit...~

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185).

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).